BALTIMORE: Seorang pelajar kolej berusia 21 tahun dari Kenya, yang dituduh membunuh teman serumahnya, memberitahu polis, dia makan jantung mangsa dan sebahagian otaknya selepas mangsa mati.
Pejabat Sherif berkata, Alexander Kinyua menyorokkan kepala dan tangan lelaki yang dibunuh di bilik membasuh di bawah tanah rumah keluarganya di pinggir Baltimore.
Kinyua adalah pelajar di Universiti Morgan didakwa awal Mei lalu dalam satu lagi serangan di mana mangsa dipukul teruk.
Kinyua didakwa membunuh dan dakwaan lain yang menyebabkan kematian Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie, 37, dari Ghana.
Kinyua didakwa membunuh dan dakwaan lain yang menyebabkan kematian Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie, 37, dari Ghana.
Dia diarahkan ditahan tanpa ikat jamin.
Peguamnya tidak menjawab panggilan wartawan untuk mendapatkan komen dan pesanan suara yang ditinggal di rumah Kinyua, juga tidak dibalas.
Jurucakap pejabat Sherif, Monica Worell berkata, Ketua Koroner belum lagi mengenal pasti anggota badan secara rasmi tetapi pihak berkuasa percaya, ia kepunyaan Kodie. yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.
Telefon bimbit dan beg duit ditinggalkan di rumah dan polis pada mulanya diberitahu, dia keluar berjoging.
Selasa lalu, bapa Kinyua, Antony Kinyua, menelefon polis dan membuat laporan seorang lagi anak lelakinya, Jarrod, menemui apa yang dipercayai anggota mayat manusia di rumah mereka di Joppatowne.
Jarrod menemui dua buah tin yang di dalamnya terdapat kepala dan dua tangan manusia.
Menurut polis, Jarrod bersemuka dengan adiknya tetapi adiknya berkata ia bangkai haiwan.
Menurut laporan pendakwaan, Jarrod dan bapanya turun ke bilik bawah tanah di mana Jarrod “mendapati benda yang ditemui sudah hilang dan Alex Kinyua sedang membersihkan bekas di mana benda itu disimpan.”
Polis mendapatkan waran geledah dan menjumpai kepala dan tangan itu di rumah.
Polis berkata, Alexander Kinyua mengaku membunuh Kodie dengan memotongnya dengan pisau dan memakan jantung dan sebahagian otaknya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan