Khamis, 14 Jun 2012

Berita Bengang : Rejim Zionis cabul kesucian Masjid Al-Aqsa

Rejim Zionis cabul kesucian Masjid Al-Aqsa
Kerja penggalian di Masjid Al-Aqsa tersebut didakwa akan memusnahkan 
tinggalan bersejarah dan kebudayaan Islam di sekitarnya.


BAITULMAQDIS - Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (Afeh), awal minggu lalu memberi amaran bahawa pihak berkuasa Israel kini sedang giat melakukan penggalian terbesar dalam tempoh 150 tahun di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Jurucakap Afeh mendakwa tindakan biadab rejim Zionis sejak 10 tahun lalu itu kononnya bertujuan untuk menempa sejarah dengan mewujudkan bandar bawah tanah Yahudi dan di sekitar kawasan tersebut.

Difahamkan, tiga cabang penggalian untuk menghasilkan rangkaian terowong dijalankan di bawah masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Sebagai tanda membantah tindakan rejim Zionis itu, Afeh menggesa saudara Islam di seluruh dunia untuk bersatu menggagalkan usaha mereka kerana ia satu pencabulan serius terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis tersebut.

Suku akhir Piala AFC: Laluan Kelantan getir


KELANTAN bakal berdepan dengan laluan getir dalam saingan suku akhir Piala AFC apabila diundi bertemu kelab dari Iraq, Arbil.
Saingan suku akhir bermula September ini.

Wakil tunggal negara  itu akan memulakan aksi saingan suku akhir pertama di tempat lawan pada 18 September sebelum beraksi di gelanggang sendiri untuk aksi timbal balik pada 25 September.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, beraksi dalam saingan suku akhir AFC satu pengalaman berharga dan pendedahan kepada barisan pemain Kelantan.

"Kita menyedari kehebatan pasukan lawan, yang sememangnya hebat dan berpengalaman.

"Namun semua itu bukanlah penghalang kepada Kelantan untuk meneruskan saingan sekiranya pemain memberikan komitmen sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama, meskipun beraksi di tempat lawan dalam saingan suku akhir pertama merupakan satu kelebihan kepada Kelantan, namun itu tidak membuatkan The Red Warriors menarik nafas lega.

"Bagi pasukan yang berkualiti dan hebat, soal beraksi di tempat lawan atau sebaliknya bukan menjadi ukuran kejayaan sesebuah pasukan.

"Namun, bagi Kelantan sudah tentu  kita menyasarkan keputusan seri dengan jaringan di tempat lawan untuk bekalan dalam saingan timbal balik di Kota Bharu," kata beliau yang ditemui pada Majlis Undian AFC di Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang ini.

Selain Kelantan dan Arbil yang akan beraksi dalam saingan suku akhir, enam lagi pasukan akan turut mempamerkan kehebatan masing-masing.

Kelab dari Kuwait,  Kuwait SC bakal bertemu Al Wehdat (Jordan) manakala wakil Indonesia, Arema Indonesia berhadapan Al Ettifaq (Arab Saudi).

Wakil Thailand, Chomburi pula menjadi tuan rumah untuk  aksi pertama menentang kelab dari Syria, Al Shorta.

Saingan separuh akhir pertama dijadualkan pada 2 Oktober diikuti aksi timbal balik pada 23 Oktober dan final 3 November.

Euro 2012 : Rahmat Che Hashim terpilih berlatih dengan Barcelona

KUALA LUMPUR - Pemain kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan, Rahmat Che Hashim terpilih menyertai tiga pemain lain dari Asia Tenggara untuk berlatih di bawah bimbingan pemain legenda Barcelona Pep Guardiola di akademi belia kelab tersohor itu, La Masia.

 
   
Rahmat, 24, serta Evan Dimeas (Indonesia, pemain tengah), Napapon Sripratheep (Thailand, pemain tengah) dan Muhammad Faris Ramli (Singapura, pemain tengah) adalah antara 100 pemain dari 55 negara yang akan menjalani latihan intensif dan menyertai pertandingan bersama kelab Sepanyol itu Ogos ini.
   
Empat pemain Asia Tenggara itu dipilih melalui kejohanan The Chance Global Finals, yang diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.
   
"Sebelum itu, 20 belia dari empat negara di rantau ini memenuhi masa 72 jam sebagai pemain bola sepak profesional untuk beraksi dalam satu perlawanan penting di mana mereka dinilai beberapa jurulatih elit dari seluruh rantau ini," kata pengurus pemasaran Nike Southeast Asia Sanjay Gangopadhyay.
   
Beliau berkata The Chance bertujuan memberi peluang sekali seumur hidup kepada pemain muda bola sepak untuk mencapai cita-cita mereka dan berada di laluan ke arah menjadi pemain bola sepak profesional.

"Empat pemain muda ini kini perlu membuktikan kebolehan mereka pada perlawanan akhir global, setelah menyerlahkan kemampuan mereka di sini pada Perlawanan Akhir Rantau Asia Tenggara," katanya.
   
Rahmat, yang menggantikan seorang daripada lima pemain terbaik Malaysia asal untuk mewakili negara pada perlawanan akhir serantau The Chance di Jakarta, begitu terkejut dan tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.
   
"Macam tak percaya kerana ini peluang kali kedua untuk saya sebab saya dipanggil apabila seorang daripada lima pemain Malaysia dipilih menjalani latihan dengan pasukan negara. Memandangkan saya antara pemain paling berusia di sini, ini adalah peluang terakhir saya," kata Rahmat.
   
Pada mulanya, Mohd Raphi Azizan, 16, dipilih mewakili Malaysia pada perlawanan akhir serantau itu, tetapi kebolehannya memikat hati ketua jurulatih bawah 23 tahun Ong Kim Swee, yang juga ketua hakim bagi The Chance Malaysia, dan dipanggil menyertai skuad Harimau Muda untuk sesi percubaan latihan sambil menjelajah pasukan itu ke Slovakia dan China.
   
The Chance, yang merupakan inisiatif Nike Inc, pereka bentuk, pemasar dan pengedar peralatan dan pakaian sukan terkemuka dunia, dilancarkan pada 2010.

Sejak itu, ia membuka laluan kepada penyertaan beribu-ribu pemain bola sepak berbakat dalam permainan di peringkat tertinggi.

Lapan pemain yang dipilih melalui The Chance tahun lepas menjalani latihan sepenuh masa di Nike Academy di Loughborough University, United Kingdom.
   
Tahun ini, 16 pemain terbaik, yang dipilih Nike daripada perlawanan peringkat akhir di seluruh dunia, akan menyertai latihan sambil menjelajah sebagai ganjaran bagi mereka, termasuk bermain menentang beberapa pasukan akademi bola sepak terbaik dunia seperti Manchester United, Juventus dan Pasukan Belia Kebangsaan Amerika dalam penjelajahan selama empat minggu itu.
   
Daripada 16 pemain dalam kumpulan ini, empat akan dipilih untuk menjalani latihan dan bermain dengan Nike Academy, yang kini dalam tahun keempat gandingannya dengan Liga Premier, yang berpusat di United Kingdom.
   
Ini merupakan pusingan akhir jelajah berkenaan. Seorang pemain akan menyertai Nike Academy 2012/13 secara sepenuh masa selama tiga bulan dan bermain dengan pasukan itu untuk mempamerkan bakat mereka kepada kumpulan pemilih dan jurulatih profesional.

Euro 2012 : Sepanyol berpesta gol, benam Ireland 4-0


Penyandang juara Sepanyol sekali lagi mempamerkan persembahan berkualiti dan berkelas dunia dengan menjaringkan empat gol tanpa dibalas dalam pertemuan Kumpulan C dengan Republik Ireland di Stadium Arena, Gdansk.
Gol Sepanyol dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit keempat. Kedua-dua pasukan menyasarkan tiga mata penuh yang penting bagi merebut slot di pusingan kalah mati nanti.
Gol kedua dijaringkan di awal permainan separuh masa kedua oleh David Silva dan disusuli oleh Torres, dilihat akan muncul sebagai hero. Cesc Fabregas yang menggantikan Torres menjaringkan gol keempat Sepanyol.
Seawal minit keempat, penyerang La Roja, Fernando Torres bijak menyempurnakan jaringan selepas situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Ireland, sekali gus merupakan gol sulungnya dalam kejohanan edisi kali ini.
Pada awal babak pertama, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang dan berhati-hati.
Anak-anak buah Giovanni Trapatonni dilihat masih gagal memberi sebarang ancaman ke atas benteng Sepanyol. Sebaliknya, Sepanyol lebih banyak menyerang dan menguasai bahagian tengah seperti biasa sepanjang 20 minit terakhir sebelum tiupan wisel penamat separuh masa pertama.
Pada ketika ini, saingan kumpulan itu sangat terbuka dan sengit selepas Itali dan Croatia terikat 1-1 di Stadium Municipal, Poznan dua jam lalu.
Ia memberi peluang kepada Sepanyol dan Ireland memintas kedudukan dua pasukan itu. Sepanyol mengutip satu mata dan Ireland tiada sebarang mata setakat ini.
Pada perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland tewas 3-1 kepada Croatia.
Penyerang Sepanyol dan Ireland, Fernando Torres serta Robbie Keane pastinya mahu memburu gol sulung kejohanan edisi kali ini.
Setakat ini, Sepanyol mempunyai rekod tanpa kalah sebanyak 16 perlawanan. Kekalahan terakhir mereka adalah pada peringkat pembukaan kumpulan kepada Switzerland di Piala Dunia 2010.
Pada perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland tewas 3-1 kepada Croatia.
Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Sepanyol menewaskan Ireland 3-2 melalui sepakan penalti selepas seri 1-1 ketika Piala Dunia 2002.


Sekilas fakta permainan:

- Gol semasa: Sepanyol (4, minit ke-4, 49, 70 dan 83); Rep Ireland (0)

- Penguasaan bola: 78% (Sepanyol); 22% (Rep Ireland)

- Sasaran ke gawang: 27( Sepanyol); 5 (Rep Ireland)

- Sepakan penjuru: 8 (Sepanyol); 2 (Rep Ireland)

- Kad kuning: 2 (Alonso dan Javi Martinez; Sepanyol); 3 (Whelan, Keane dan St Ledger; Rep Ireland)


Barisan pemain Sepanyol:

1. Iker Casillas
3. Gerard Pique
15. Sergio Ramos
17. Alvaro Arbeloa
18. Jordi Alba
6. Andres Iniesta
8. Xavi Hernandez
14. Xabi Alonso
16. Sergio Busquets
21. David Silva
9. Fernando Torres

Barisan pemain Ireland:

1. Shay Given
2. Sean St Ledger
3. Stephen Ward
4. John O'Shea
5. Richard Dunne
6. Glenn Whelan
7. Aiden McGready
8. Keith Andrews
11. Damien Duff
10. Robbie Keane
20. Simon Cox

Berita Bengang : Khalwat: Razak Ahmad didenda RM2,900


PETALING JAYA 14 Jun - Pelakon Razak Ahmad didenda RM2,900 atau penjara setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan demikian selepas mendapati pelakon tersebut gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.
Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Wan Mahyuddin sempat menasihati Razak supaya menjaga tingkah laku kerana sebagai seorang selebriti, perbuatannya akan menjadi ikutan masyarakat sama ada kelakuan yang baik atau buruk.
"Kamu mempunyai latar belakang agama, selalu melakonkan watak-watak baik di kaca televisyen, seperti imam dan qari yang sering membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Euro 2012 : Sepanyol Langkah Juara

Sepanyol memperlihatan langkah sebuah pasukan juara , apabila membelasah Rep. Ireland 4 -0 awal pagi tadi. Gol-gol dijaringkan Torres ( 2 gol ) , Divid Silva dan cas fabregas.