Khamis, 31 Mei 2012

Video Untuk Sesiapa Yang Bengang Tidak Cukup Duit


f you can spare as little as 3 minutes a day
we can show you how to get paid daily, 100% of the time.

Plus, You'll earn much more by inviting your friends.

No good at recruiting? No problem, that's what I'm here for!

You'll get a free website just like this one where I do the recruiting for you.

I even walk all members through the getting started process & help you every step of the way.

Click the join free button and I'll see you inside The Paid Daily Club
 http://www.paiddailyclub.com/?flyangle

Buat Sesiapa Yang Bengang Tidak Cukup Pendapatan

Got 3 Minutes? You'll Get Paid Daily

If you can spare just 3 MINUTES PER DAY
We'll show you how to GET PAID DAILY!

http://www.paiddailyclub.com/?flyangle

100% of our Active Members Get Paid Daily
100% of the time!

Want Paid Daily?
Join The Club. (No Cost :)
Salehoddin Karim ;)
http://www.paiddailyclub.com/?flyangle

MIMPI DISIANG HARI :Optimis Chong Wei kutip emas Olimpik


Datuk Lee Chong Wei
Perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada
kejohanan Piala Thomas setelah cedera di buku lali kanan - Gambar Bernama


Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek optimis bahawa pemain badminton nombor satu negara dan dunia Datuk Lee Chong Wei mampu merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik London Julai nanti walaupun mengalami kecederaan buku lali baru-baru ini.
   
Beliau berkata kecederaan itu tidak menganggu persiapan Chong Wei menghadapi temasya sukan itu kerana beliau dilihat masih mempunyai semangat yang kuat termasuk daripada segi mental.
   
"Kecederaan yang dialami (Chong Wei) tidak serius. Chong Wei akan memberi peluang yang terbaik kepada kita untuk mendapat emas lagi.
   
"Merupakan satu kebaikan kerana beliau cedera pada awal permainan Piala Thomas baru ini, kalau di saat akhir (berlaku) mungkin mengambil masa yang lama untuk tunggu empat minggu lagi (untuk) pulih," katanya kepada pemberita ketika ditanya adakah sasaran utama dalam menyumbangkan emas pada temasya itu kini bertumpu pada atlet lumba basikal Azizulhasni Awang.
   
Ahmad Shabery berharap Chong Wei segera sembuh untuk menjalani latihan dan sekaligus dapat beraksi pada temasya berkenaan.

Chong Wei mengalami kecederaan ketika beraksi mewakili Malaysia menentang pemain Denmark Peter Hoeg Gade pada kejohanan Piala Thomas yang berlangsung di Wuhan, China baru-baru ini yang memaksanya menarik diri daripada kejohanan itu.
   
Beliau kemudiannya pulang ke tanah air dan mendapat rawatan daripada dua pakar ortopedik iaitu Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dan dilaporkan akan pulih dalam masa empat minggu.
   
Ketika ditanya sama ada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) yang kini disandang Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz akan diganti dengan calon lain, beliau berkata setakat ini masih belum ada calon lain kerana Dr Ramlan mempunyai kepakaran dalam bidang pengawalan anti dadah.
   
"Isu berkaitan dengan soal pengawalan doping adalah satu isu yang besar dan perlukan pengkhususan Dr Ramlan kerana dia seorang yang pakar dalam bidang itu. Saya rasakan tumpuan yang perlu diberikan ke arah itu dan kita minta supaya Dr Ramlan memainkan peranan," katanya.
   
Isu penggantian itu timbul apabila media tempatan baru-baru ini melaporkan tempat Dr Ramlan akan diganti dengan calon yang lain.
   
Terdahulu, Ahmad Shabery merasmikan Seminar Hasil Penyelidikan Siri ke-5 bertemakan 'Inovasi Penyelidikan Sukan' di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini.


BENGANG : JANGAN MIMPI LER ....AGAK NYA LIN DAN, CHENG LONG TIDAK MAHU EMAS KER...BILA TIDAK DAPAT NANTI JANGAN KECEDERAAN MENJADI ALASAN 

Hoki: Tumpas Malaysia 4-1,sebab jurulatih bangang




NEW Zealand menjadi pasukan pertama layak ke final apabila menumpaskan Malaysia 4-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 malam ini.

Kemenangan mudah itu membolehkan New Zealand mengukuhkan kedudukan tangga teratas dengan 12 mata dan akan melengkapkan perlawanan format 'round-robin' dengan menentang Korea Selatan, Sabtu ini.

Malaysia dengan lima mata selepas lima perlawanan menduduki tangga keenam daripada tujuh pasukan bertanding dan akan mengakhiri saingan dengan menentang Argentina pada Sabtu ini.

Pada perlawanan hari ini, New Zealand menampilkan corak permainan mantap dengan mendahului 3-0 pada separuh masa, hasil jaringan Ryan Archibald pada
minit kelima, Shea Mcaleese (minit ke-16) dan Nick Wilson pada minit ke-32.

Malaysia menggandakan asakan sebaik bermula babak kedua dan usaha itu membuahkan hasil apabila Hafifi Hafiz Hanafi menewaskan penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex pada minit ke-41.

Bagaimanapun, jaringan Shane Neal pada minit ke-62 meranapkan impian skuad negara untuk mengutip mata penuh.


BENGANG : MANA AKU KATA X BANGANG....KENAPA TIDAK DI BUAT PENGILIRAN PEMAIN....MASUKKAN 7 ORANG PEMAIN REMAJA TU WAT APA...MEMANG BANGANG....PEMAIN PENAT LOL ....

Gambar Bangang Ziyi





Gambar bengang Ziyi


Time to get naked!
Time to get naked!
Naked push-ups are good for health
Naked push-ups are good for health
1, 2, 3... 999 more push-ups to go!
1, 2, 3… 999 more push-ups to go!
Tired after a rigorous workout
Tired after a rigorous workout
Darling, did you just fart?
“Darling, did you just fart?”
No darling, its just that my butt is itchy... can scratch for me?
“No darling, it’s just that my butt is itchy… can scratch for me?”
Ahhl.... yes, right there
“Ahh…. yes, right there”
whispering sweet nothings
whispering sweet nothings
Time for naked nap
Time for naked nap

Aktres Ziyi nafi skandal seks BANGANG dengan pemimpin China

Aktres popular China Zhang Ziyi
Aktres popular China Zhang Ziyi ini dilaporkan berhadapan dengan siri kontroversi
sejak dua tahun lalu.



BEIJING - Aktres popular China, Zhang Ziyi menafikan laporan media bahawa dia terlibat dalam skandal pelacuran membabitkan Bo Xilai, bekas pemimpin Parti Komunis China bagi bandar  Chongqing City.

Xilai, antara pemimpin yang meningkat naik, dipecat baru-baru ini.






Menerusi mikroblognya, Ziyi, yang kini terlibat dalam sesi penggambaran filem di selatan China berkata, "orang boleh menerima angin sebagai hujan" dengan menggunakan imaginasi mereka.

Media-media China melihat kenyataan beliau itu sebagai satu penafian dakwaan dia terlibat dalam skandal seks untuk mendapatkan wang.

Dia antara berlakon dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon, Rush Hour 2, Hero, dan Memoirs of a Geisha.

Laporan portal Boxun, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Apple Daily yang diterbitkan di Hong Kong dan Taiwan, dan beberapa media China yang lain melaporkan bahawa aktres berusia 33 tahun itu tidur dengan pemimpin itu sebanyak 10 kali antara 2007 dan 2011.

Pelakon itu juga kini diletakkan dalam siasatan polis dan didakwa dilarang meninggalkan China.

Apple Daily dan beberapa media lain melaporkan bahawa kedua-dua pasangan itu diperkenalkan oleh pembantu Bo, Xu Ming, 41, pengasas dan pengerusi Dalian Shide Group.

Sumber-sumber berkata Ming telah mengaku membayar Ziyi enam juta yuan untuk mengadakan hubungan seks buat kali pertama.

Dia kemudian berunding untuk bayaran sebanyak 10 juta yuan.

Media China juga melaporkan bahawa transkasi seks Ziyi dengan individu-individu kaya dan berpengaruh mencecah 700 juta yuan sepanjang 10 tahun lalu.

Ini termasuk wang tunai 180 juta yuan daripada Ming.

Ming juga didakwa memperkenalkan aktres itu kepada dua lagi pegawai berkedudukan tinggi.

Spekulasi media juga berkata siasatan kes ini kemungkinan sebab Ziyi tidak menghadiri festival filem Cannes baru-baru ini.

Filemnnya, Dangerous Liaisons telah dipertontonkan pada festival itu.

Ziyi mendakwa dia sibuk dengan penggambaran filem The Grandmasters dan pernah dikaitkan dengan skandal-skandal lain sebelum ini.

Pada 2010, dia didakwa memperbesar-besarkan kutipan dana untuk mangsa gempa bumi Sichuan. Dia hanya mampu mengutip AS$400,000 tetapi mendakwa telah berjaya mengumpulkan AS$1 juta.

Setahun sebelum itu, Ziyi dituduh menipu seorang ahli perniagaan yang sudah berkahwin tetapi ketika itu dilaporkan telah bertunang dengan jutawan Israel, Vivi Nevo.

Nevo dan Ziyi berpisah pada 2010.



Doktor bangang dipenjara 33 tahun kerana militan

Shakil Afridi

ISLAMABAD - Dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam kes yang mencetuskan kemarahan Washington, seorang doktor Pakistan yang membantu Agensi Risikan Pusat (CIA) mengesan Osama bin Laden tahun lalu, dipenjara minggu lalu kerana terlibat dalam aktiviti militan.

Dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam menunjukkan Dr Shakil Afridi tidak bertindak membantu khidmat risikan Amerika, sebaliknya dikaitkan dengan kumpulan militan.

Tindakan Pakistan menahan beliau lebih seminggu lalu mengundang kecaman pentadbiran Obama dan membawa kepada tekanan agar bantuan kepada Pakistan dipotong AS$33 juta - satu juta dolar bagi setiap satu tahun hukuman penjara dikenakan ke atasnya.

Laporan-laporan sebelum ini menyebut doktor itu mengkhianati kepentingan negara dengan membekalkan maklumat kepada agensi risikan asing.

Dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam pula menunjukkan beliau kini didakwa terlibat dalam "aktiviti-aktiviti antikepentingan negara."

Keluarga Shakil mendakwa tahanan beliau sebagai satu tindakan mengarut dan peguamnya mahu mengemukakan rayuan.

Kes Shakil didengar di bawah sistem kehakiman puak secara tertutup.

Osama terbunuh dalam serangan ketenteraan pasukan khas Amerika Syarikat (AS) pada awal Mei 2011.


BENGANG : BANGANG KAU DOKTOR...YANG KAU TOLONG CIA TU WAT PER...BANGANG

Bunuh isteri sebab bengang tidak bagi wang

BUKIT MERTAJAM - Hanya kerana tidak memberikan wang hasil jualan, seorang lelaki warga Myanmar sanggup membunuh isteri yang baru dua bulan dikahwini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, 27 Mei lalu itu, mangsa yang dikenal sebagai Hema, 22, juga warga Myanmar dikatakan berselisih faham dengan suaminya, Monsun, 20, di rumah mereka di Kampung Main Road, Perai. 


gambar hiasan

Perselisihan dipercayai berpunca apabila suami mangsa dikatakan menuduh isterinya menghantar wang hasil jualan gerai makan yang dibuka di hadapan rumah mereka kepada keluarga di kampung dan tidak memberikan wang itu kepadanya.

Akibat pertengkaran itu, si suami dikatakan menekup muka si isteri dengan bantal dan mencekik leher menyebabkan mangsa yang lemas meninggal dunia. Si suami yang panik melihat isterinya sudah tidak bernyawa bertindak  membawa mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan memberikan alasan kepada pihak hospital bahawa isterinya cuba membunuh diri.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat ke atas mayat mendapati terdapat unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, hasil maklumat daripada pihak hospital, pihaknya bertindak menahan suami mangsa. Menurutnya, keterangan yang diberikan suami mangsa pada mulanya tidak konsisten menyebabkan pihak polis meragui akan keterangan yang diberikan.

“Suspek bagaimanapun mengaku terlibat dengan kejadian selepas soal siasat dijalankan dan perselisihan keluarga dikatakan menjadi motif pergaduhan. “Difahamkan, pasangan ini baru sahaja berkahwin dua bulan lepas dan berniaga  secara kecil-kecilan dengan membuka gerai makan di hadapan rumah. Dengan segala bukti yang ada, kita percaya berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh kurang dari 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT). Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharudin  Mustapha. Azman berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 5 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Wajah manusia pada batang pokok

Wajah manusia pada batang pokok
Batang pokok tembesu yang ditebang menyerupai seraut wajah lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut berdekatan rumah keluarga Mat Dang di Kijing, Marang.


MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.

"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.



BENGANG: SEMUA NYA ITU KEHENDAK ALLAH....DIA MAHU MENGUJI KEIMANAN MAKHLUKNYA....

Gempar jumpa ikan pelik

Gempar jumpa ikan pelik
Zamirul Syafiq (kiri) bersama adik beradiknya dan penduduk kampung memegang ikan pelik sepanjang kira-kira dua meter untuk tatapan orang ramai.




KUANTAN - “Belum pun hilang rasa pelik selepas terbaca mengenai penemuan ikan ganjil oleh nelayan di Kerteh, Terengganu melalui sebuah akhbar kelmarin, hari ini saya sendiri pula yang menjumpai ikan spesies sama terdampar di Pantai Kampung Sungai Ular di sini,” kata seorang nelayan, Zainuddin Busu, 36.

Ikan pelik yang dipanggil ‘ikan naga’ itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama dua anaknya turun ke pantai untuk memukat ikan.

Zainuddin berkata, anaknya, Zamirul Syafiq, 16 terpandang objek pelik terapung di gigi air ketika mereka menaiki motosikal melalui pesisiran pantai tersebut.

“Pada mulanya kami sangka objek itu ular mati lalu mendekati bangkai tersebut.

“Saya dan anak terkejut apabila mendapati objek berwarna putih itu sebenarnya seekor ikan yang amat ganjil berukuran kira-kira dua meter dan berat dianggar hampir lapan kilogram,” katanya.

Dia berkata, ikan itu ditemui sudah mati tetapi keadaan badan masih baik, tidak busuk atau cedera .

Spesies ganjil

Dia yang membesar dalam suasana perkampungan nelayan di situ mengakui tidak pernah melihat ikan spesies tersebut sebaliknya mengetahui kewujudan ikan tersebut di perairan Pantai Timur melalui akhbar kelmarin.

“Semua nelayan di sini termasuk warga emas yang berpuluh tahun bergelumang dengan ombak mengakui tidak pernah melihat ikan ini,” katanya.

Zainuddin berkata, ikan itu amat ganjil dengan rupa yang agak menakutkan.

“Ikan berwarna putih ini memiliki mata bulat dan besar, mulut besar dengan bibir lembut, mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga.

“Manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan,” katanya.

Dia berkata, pada hari sebelumnya dia ada ternampak kelibat seakan ikan besar melibas- libas ekor di satu kawasan berhampiran tempat ikan itu ditemui.

“Pada mulanya saya beranggapan kelibat itu adalah ikan biasa yang besar sedang mengejar anak-anak ikan.

“Saya tidak nampak bentuk ikan itu dengan jelas namun percaya kelibat itu adalah ikan ini,” katanya.

Zainuddin berkata, mungkin ikan itu dari spesies ikan laut dalam yang tersesat ke perairan cetek dan tidak dapat menyesuaikan keadaan di perairan ini menyebabkan haiwan itu mati.

Boleh buat kajian

Dia berkata, dia menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku sesuatu kejadian di situ.

“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan,” katanya.

Katanya lagi, saya belum bercadang untuk menjual ikan ini sebaliknya menunggu pihak Jabatan Perikanan datang melihat ikan ini hari ini (semalam).

“Kalau mereka hendak ambil untuk kajian, saya akan serahkan tapi jika tidak, saya sudi menjual kepada mana-mana pihak berminat.

Sementara itu, sumber Jabatan Perikanan Pahang berkata, ikan yang ditemui itu bukan luar biasa sebaliknya sejenis ikan yang selalunya menghuni dasar laut yang berkedalaman 500 hingga 1,000 meter.

Ikan Naga atau Oarfish (Regalecus Russelii) ini jarang ditemui di kawasan pesisir pantai bagaimanapun ada kalanya ia akan menghanyutkan diri ke kawasan pantai bila hendak mati.

“Ini kali pertama penemuan ikan ini dilaporkan terdampar di pantai ini dan kita tidak pasti punca sebenar haiwan ini mati," katanya.






BENGANG : INGAT JANGAN SUKA SANGAT....MUNGKIN AKAN BERLAKU APA2 YANG TIDAK KITA KETAHUI...SPT DIJEPUN DAHULU SEBELUM TSUMANI , BERIBU-RIBU OBOR-OBOR BERADA DIPERMUKAAN LAUT....

Bekas polis bangang dijel 10 tahun


SHAH ALAM: “Jika ada tekanan hidup dan mahu mencari rezeki halal, seseorang boleh berbuat demikian dengan jujur dan halal untuk mendapatkan rezeki.
“Tetapi, (menjual dadah) bukan caranya. Ia untuk cepat kaya,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Alim Abdullah selepas menjatuhi bekas konstabel polis hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan kerana mengaku salah atas tuduhan pilihan memiliki 278.1 gram (g) di Klang, dekat sini, tahun lalu.

Abdul Alim menjatuhkan hukuman itu terhadap terhadap Abu Bakar Mohd Yusof, 41, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap. Beliau turut menasihati tertuduh yang menjual burger ketika ditahan supaya bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarganya selepas menjalani hukuman.
“Ingat isteri dan anak. Kamu sudah terlepas daripada tali gantung. Jika kamu tidak hargai peluang ini, saya tak tahulah,” katanya.

Kempen Romney malu besar salah eja America



APLIKASI 'With Mitt' untuk telefon pintar iPhone yang tersalah eja perkataan 'America' menjadi 'Amercia'.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - White House berharap calon presiden AS yang akan mewakili Parti Republikan, Mitt Romney lebih berhati-hati menggunakan slogan kempennya.
Ia ekoran satu aplikasi untuk telefon pintar iPhone, 'With Mitt' yang diperkenalkan oleh pasukan kempen Romney membuat kesalahan ejaan yang serius.
Masalah timbul apabila salah satu slogan itu mempunyai kesilapan bodoh dengan ucapan "A Better Amercia" dan bukannya "A Better America".
Kesalahan ejaan tersebut kemudian tersebar di laman sosial Twitter lewat Selasa lalu dan orang ramai mula mengejek dengan menunjukkan mesej 'Amercia'.
"Beberapa orang pereka aplikasi itu akan diikat di dalam sebuah sangkar, diletakkan di atas bumbung kereta dan diarak ke seluruh negara malam ini," kata seorang pengguna Twitter.
Aplikasi 'With Mitt' turut dipromosikan di laman web rasmi kempen Romney di mittromney.com.
"Kesilapan berlaku. Saya tidak fikir para pengundi peduli dengan kesalahan ejaan seperti itu," kata jurucakap kempen Romney, Andrea Saul kepada stesen televisyen MSNBC.
Tambahnya, versi kemaskini aplikasi itu telah dihantar kepada Apple Inc bagi membetulkan ejaan tersebut
BANGANG : BAIK TULIS AMER I'M SORRY.....HAHAHAHAHAHA

Lelaki bangang bunuh 5 orang tembak diri sendiri


GAMBAR yang disiarkan pihak polis menunjukkan suspek kes tembakan rambang (kiri) memasuki sebuah kafe di Seattle kelmarin



SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seorang lelaki bersenjata membunuh lima orang dalam satu insiden tembakan di bandar raya ini kelmarin.
Lelaki berkenaan menembak mati empat orang di sebuah kafe di sini, sementara seorang lagi mangsa dalam satu kejadian rampasan kereta. Dia kemudian menembak dirinya sendiri selepas dikepung oleh pasukan polis.
Seorang jurucakap hospital, Susan Gregg berkata, suspek meninggal dunia di Pusat Perubatan Harborview lewat kelmarin.
Polis yang melancarkan operasi memburu suspek di sekitar kafe berkenaan, dekat Universiti Washington, bergegas ke lokasi kejadian selepas mereka dikejutkan dengan satu lagi kejadian tembakan.
Polis berkata, seorang lelaki membunuh seorang wanita yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan merampas kereta mangsa.
Menurut polis, mereka percaya lelaki yang sama bertanggungjawab melakukan kedua-dua serangan kejam itu.
“Ketika itu, kami yakin akan dapat menangkap suspek,” kata Timbalan Ketua Polis Seattle, Nick Metz.
Menurutnya, suspek memandu SUV berkenaan ke bahagian barat Seattle, sebelum meninggalkan kenderaan tersebut.
Selepas polis menemui kenderaan curi itu, mereka mengadakan operasi besar-besaran untuk memburu suspek di sekitar lokasi berkenaan.
Suspek yang ditemui tidak lama kemudian bertindak mengacukan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan pada kepalanya.
Akhbar Seattle Times melaporkan bahawa suspek ialah penduduk tempatan yang dikenali sebagai Ian Lee Stawicki, 40, berdasarkan sumber pihak berkuasa.
Seorang lelaki, Andrew Stawicki, 29, memberitahu akhbar tempatan, Times bahawa penyerang tersebut ialah abangnya, Ian yang mengalami sakit mental.
“Saya tidak terkejut dengan kejadian ini. Kami sekeluarga sudah menjangka perkara seperti ini akan berlaku. Perkara tidak baik akan berlaku apabila diri anda penuh dengan kemarahan,” kata Andrew.

Isnin, 28 Mei 2012

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar

 misteri lembaga

Imej lembaga wanita dari jarak dekat.


“Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Imigresen Bangang tahan 106 warga asing


NILAI: Seramai 106 warga asing termasuk 18 wanita ditahan Jabatan Imigresen kerana melanggar pelbagai peraturan imigresen dalam 'Ops 6P' di Nilai 3, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, mereka adalah antara 450 warga asing termasuk 106 wanita yang diperiksa dalam operasi empat jam tersebut. 
"Warga asing yang berumur antara 18 dan 40 tahun itu kebanyakannya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, dokumen palsu dan menyalahgunakan pas lawatan. Mereka yang ditahan terdiri warga Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Faizal Fazri mengetuai operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu, yang melibatkan 196 pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Katanya, dalam operasi itu juga pihaknya mengesan resit pendaftaran 'my permit' yang dikeluarkan sebuah syarikat kepada pendatang tanpa izin di negara ini bagi mendapatkan pas lawatan sementara atau pas kerja. 

BENGANG : KALAU PATI YANG KENA TANGKAP TENTU NYA   Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar AGAK NYA WARGA CINA DENGAN INDIA SEMUA ADER PERMIT......JANGAN JUAL MARUAH DENGAN WANG ....NANTI TERGADAI NEGARA...

Khamis, 24 Mei 2012

AKSI AKSI BENGANG DAN BANGANG

ALAMAK!!!!...BENGANG...BENGANG....

Dua pencuri besi Bangang kantoi

Dua pencuri besi kantoi
Rakaman CCTV menunjukkan dua individu dipercayai sedang mencuri besi penutup longkang di Jalan Ahmad Shah dan Jalan Datuk Bahaman pada malam 22 Mei lalu.


BANDAR TEMERLOH – Peniaga di bandar ini melahirkan rasa bimbang dengan kegiatan curi penutup longkang yang semakin berleluasa.

Kejadian terbaru pada 22 Mei lalu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis perniagaan di Jalan Ahmad Shah dan Jalan Datuk Bahaman, di mana lebih 20 besi penutup longkang dilaporkan hilang.

Seorang peniaga, Chong Chin Wah berkata, kejadian terbaru itu berlaku sekitar jam 8 hingga 9 malam ketika keadaan di belakang premis pernigaan di kawasan  terbabit mulai lengang.

Menurutnya, ramai peniaga di situ tidak menyedari kegiatan jenayah itu berlaku berhampiran premis mereka sehinggalah diberitahu beberapa peniaga lain keesokan harinya.
 
“Saya tidak pasti mengenai kejadian itu, tetapi ada rakan saya menunjukkan rakaman CCTV. Ada dua individu yang terlibat dan mereka naik kereta Proton Wira.

“Seorang menunggu di dalam kereta sambil rakannya mencungkil besi penutup longkang di belakang premis terbabit,” katanya.

Chin Wah berkata, laporan polis sudah dibuat dan peniaga berharap mereka yang terlibat ditangkap segera kerana menyusahkan banyak pihak.

Katanya, sesetengah peniaga terpaksa menampal dengan simen setiap besi penutup longkang supaya lebih selamat.

“Besi penutup longkang yang dijual kepada pembeli besi buruk mempunyai nilai yang tinggi kerana kualiti dan berat barangan itu.

“Tidak hairanlah kenapa terlalu banyak kes kecurian berlaku dalam kawasan perumahan, taman rekreasi dan premis perniagaan kerana ia mampu memberi pendapatan lumayan kepada si pencuri,” katanya

GAMBAR BANGANG Scarlett Johansson.



Karpal Bangang tiup api perkauman

Karpal Singh

Pengerusi DAP keluar kenyataan pastikan bukan Melayu jadi PM

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh didakwa meniup api perkauman dengan mengeluarkan kenyataan akan terus memperjuangkan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Melayu (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata Karpal cuba memperbodoh-bodohkan pengundi bukan Melayu dengan memberikan umpan politik seumpama itu tanpa memikirkan kesannya terhadap keharmonian kaum.
Katanya, walaupun hakikatnya, bukan Melayu tidak layak memegang jawatan itu, Karpal terus memainkan isu berkenaan untuk meraih undi bukan Melayu.


BENGANG : JANGAN MIMIPI NAK JADI PM...BANGANG!!!!!!!

600 yang bengang serbu rumah Ambiga BANGANG

JAMAL menyerahkan baju BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan kepada A Samad Said di hadapan rumah   Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, semalam.
JAMAL menyerahkan baju BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan kepada A Samad Said di hadapan rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, semalam.



BAM BANGANG mengakui kelemahan


GANDINGAN Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong yang bangang dan berlagak pandai kurang menyengat pada kempen Piala Thomas



TIADA pemain berbakat. Itu alasan yang diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh selepas skuad negara gagal buat kali keenam dalam misi menjulang Piala Thomas.
BENGANG : SELAIN Chong Wei ada pemain piala thomas yang memenangi sebarang kejuaraan dalam masa dua tahun kebelakang ini....sirkit 3 bintang pun tidak menang...
Nadzmi berkata, dengan barisan pemain yang terhad, sukar bagi badan induk badminton negara itu membentuk skuad yang benar-benar mantap bagi menghadapi kejohanan berpasukan tersebut.
BENGANG : Bukan terhad BANGANG!!!...tapi PILIH KASIH
Mungkin alasan yang diberikan itu sudah 'lapuk' namun ia hakikat yang perlu ditelan oleh peminat-peminat sukan badminton tempatan.
"Kita perlu menerima hakikat bahawa kelompok pemain yang kita ada amat kecil. Kita berdepan masalah di peringkat akar umbi kerana persatuan badminton negeri tidak memberi sumbangan yang besar.
"Tidak dinafikan, kita memiliki pemain hebat yang di peringkat remaja namun mereka hanya mampu berada dalam kelompok yang digelar pemain berkelas dunia. Untuk berada pada tahap yang lebih tinggi, kita tidak ada.
"Jadi, sebelum merumus sesuatu perkara kita perlu lihat pada realiti sistem yang kita ada," kata Nadzmi.
BENGANG : Hantar pemain - pemain tu ke sirkit bawahan dulu 2 dan 3 bintang....kalau itu pun tidak boleh johan jangan bagi pergi sikrit yang lebih tinggi....BANGANG!!!
Cabaran Malaysia pada saingan Piala Thomas 2012 berakhir selepas tumbang 0-3 kepada China pada aksi peringkat suku akhir di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, China kelmarin.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan skuad negara gagal mencapai sasaran yang diletakkan BAM untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.
Dengan kegagalan itu juga, kini sudah genap 20 tahun skuad negara gagal membawa pulang trofi berprestij itu selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai prestasi skuad negara di Wuhan, Nadzmi tetap memuji semangat juang yang dipamerkan barisan pemain negara.
BENGANG : Semangat jer kalau tidak guna otak ...tidak kan boleh menang...BANGANG!!!!
Jelasnya, persembahan para pemain tidaklah seburuk yang disangka.
"Piala Thomas sentiasa dianggap penting oleh BAM tetapi kita perlu sedar bahawa sasaran utama adalah Sukan Olimpik 2012.
"Bagi saya, edisi kali ini skuad negara tidak bernasib baik kerana kecederaan yang dialami Datuk Lee Chong Wei dan terpaksa ditepikan daripada kejohanan.
"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan moral pemain-pemain lain," jelas Nadzmi.
Kempen Piala Thomas kali ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat skuad negara selepas Chong Wei mengalami masalah kecederaan serius di bahagian buku lali kanannya.
Dia mengalami kecederaan tersebut ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark pada aksi terakhir Kumpulan C, Selasa lalu.
Yang pasti, ia merupakan tamparan hebat buat Malaysia dalam misi mengutip pingat emas sulung temasya Sukan Olimpik 2012 menerusi Chong Wei.
BENGANG : JANGAN MIMPI LAH...BANGANG!!!!
Dengan hanya berbaki 63 hari lagi sebelum Sukan Olimpik di London bermula, Chong Wei diharapkan dapat pulih secepat mungkin bagi menyalakan kembali impian rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan pingat emas pertama menjelma di bumi London menerusi pemain No. 1 dunia itu.
BENGANG : BUBAR KAN PENGURUSAN BAM YANG PILIH KASIH DAN PERKAUMAN TU ....BANGANG!!!!!

Lagu Lufya Bengang untuk Zarina Anjoulie


ZARINA ANJOULIE













































PENYANYI Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar sebelum ini 'berperang' di laman sosial Twitter dengan Zarina Anjoulie Lavocah. Ia berlaku selepas Lufya mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya pernah diganggu dan dipandang serong masyarakat gara-gara wajahnya yang seiras dengan pelakon drama Anak Ponti itu.
Kenyataan Lufya itu membuatkan Zarina telah melancarkan 'perang' terhadapnya. Zarina membuat kenyataan balas bahawa Lufya sengaja membangkitkan isu tersebut kerana namanya kurang popular.
Lufya yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak membalas kenyataan yang dibuat oleh Zarina mengatakan perang kenyataan yang dibuat oleh Zarina itu menjatuhkan imej artis-artis di Malaysia.
Ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia dan Lord's Tailor di Hotel Royal Kuala Lumpur baru-baru ini, Lufya yang bakal muncul dengan lagu kerohanian berjudul Doaku sempena bulan Ramadan ini memberitahu, dia menujukan lagu tersebut untuk Zarina. Ikuti temu bual Kosmo! bersama figura berdarah kacukan Arab, Melayu dan Indonesia itu.
Kosmo!: Khabarnya Lufya ada mencipta lagu sendiri berjudul Doaku?

LUFYA: Ya, lagu Doaku hasil ciptaan saya sepenuhnya. Lagu itu merupakan lagu kerohanian pertama saya dan bakal dipasarkan pada bulan Ramadan nanti.
Benarkah lagu Doaku ini ditujukan buat Zarina?
Ketika kecoh isu saya dan Zarina, secara kebetulan lagu Doaku memang sudah siap sejak pertengahan tahun lalu. Saya bukan cipta lagu ini khas buat dia tetapi saya tujukan lagu ini kepadanya kerana kutukan yang dibuatnya terhadap saya sangat melampau.
Adakah Lufya kesal kerana membuat kenyataan tentang wajah kalian yang seiras?
Saya tidak kesal membuat kenyataan tetapi saya kesal perkara ini secara tidak langsung telah menjatuhkan reputasi artis tempatan. Secara jujur saya tidak salahkan dia, cuma isu tersebut menjadi besar hanya akibat salah faham.
Komen Lufya terhadap segala kenyataan yang diberikan oleh Zarina?
Terserah kepada dia untuk cakap apa sahaja. Saya diamkan diri kerana berfikir tidak mahu besarkan isu tetapi tidak. Sebaliknya saya dikutuk bertubi-tubi. Memang saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai isu ini lagi, cuma saya tujukan lagu Doaku kepadanya. Saya harap dia akan dengar dan hayati lagu itu.
Bercakap soal lagu, kenapa mengubah genre lagu daripada irama pop ke kerohanian?
Saya tidak mahu menjadi penyanyi yang kekal dengan satu genre lagu sahaja. Kalau boleh saya ingin dikenali sebagai penyanyi yang versatil, lagu Doaku merupakan percubaan pertama saya dan berharap agar lagu ini diterima ramai.
Adakah selepas ini, Lufya akan beralih ke lagu-lagu kerohanian?
Bukan beralih sepenuhnya tetapi saya mencuba. Saya orang biasa dan saya mengaku bukannya alim tetapi setiap hari saya berdoa untuk menjadi orang lebih baik. Jika orang yang mendengar lagu ini mendapat inspirasi, saya sudah cukup berpuas hati.
Lagu-lagu Lufya sebelum ini kurang diputarkan di corong radio, adakah Lufya yakin lagu Doaku bakal mendapat sambutan?
Soal sambutan saya tidak boleh ramal, bagaimanapun daripada pengalaman saya sebelum ini saya akan mencuba yang terbaik untuk mempromosikan lagu tersebut. Sekiranya lagu saya tidak mendapat sambutan tidak bermakna saya akan berputus asa.