NILAI: Seramai 106 warga asing termasuk 18 wanita ditahan Jabatan Imigresen kerana melanggar pelbagai peraturan imigresen dalam 'Ops 6P' di Nilai 3, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, mereka adalah antara 450 warga asing termasuk 106 wanita yang diperiksa dalam operasi empat jam tersebut.
"Warga asing yang berumur antara 18 dan 40 tahun itu kebanyakannya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, dokumen palsu dan menyalahgunakan pas lawatan. Mereka yang ditahan terdiri warga Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Faizal Fazri mengetuai operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu, yang melibatkan 196 pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Faizal Fazri mengetuai operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu, yang melibatkan 196 pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Katanya, dalam operasi itu juga pihaknya mengesan resit pendaftaran 'my permit' yang dikeluarkan sebuah syarikat kepada pendatang tanpa izin di negara ini bagi mendapatkan pas lawatan sementara atau pas kerja.
BENGANG : KALAU PATI YANG KENA TANGKAP TENTU NYA Pakistan, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar AGAK NYA WARGA CINA DENGAN INDIA SEMUA ADER PERMIT......JANGAN JUAL MARUAH DENGAN WANG ....NANTI TERGADAI NEGARA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan